Rabu, 27 September 2017

JENIS-JENIS PEMIKIRAN

JENIS-JENIS PEMIKIRAN

(A) Pemikiran Konvergen


  • Mengikut Guilfort 1976, pemikiran konvergen ialah salah satu jenis daya berfikir. Beliau melihat pemikiran konvergen sebagai daya berfikir yang membolehkan seseorang menggunakan pengetahuan sedia ada dengan integrasi logik dan susunan demi menghasilkan idea atau jawapan yang lazim. Penyelesaian masalah juga dilakukan berdasarkan pengetahuan, pengalaman, peraturan prinsip, teori, hukum atau rumus yang sedia ada. Pemikiran konvergen tertumpu ke arah mencari satu jawapan atau satu cara tertentu dikenali sebagai pemikiran tertumpu atau pemikiran berpandu. Ia juga disebut pemikiran penaakulan atau pemikiran kritis.
    Proses pemikiran yang terlibat dalam menjawab soalan ini ialah menenangkan, menyatakan, membanding dan membeza.
  • Pemikiran Konvergen berdasarkan pengetahuan /pengalaman sedia ada
Jawapan Tunggal
Masalah Tertutup

(B) Pemikiran Divergen


  •  Dikenali sebagai pemikiran bercapah dan memerlukan seseorang itu berfikir secara kreatif tentang sesuatu maklumat. Ia merujuk kepada berfikir dalam penyelesaian sesuatu masalah dari berbagai-bagai sudut. Menurut Davidoff (1976), pemikiran divergen memerlukan jawapan yang banyak dan pelbagai. Idea yang terhasil juga asli dan bernilai. Individu yang berfikiran divergen diangap individu yang kreatif. Ia juga dikenali sebagai pemikiran mendaar atau lateral dan mempunyai unsure intuisi dan celik akal supaya masalah terbuka dapat diselesaikan dengan pelbagai cara yang unik dan luar biasa.
(C) Pemikiran Reflektif

  •  Menurut Birchall (1992) pemikiran reflektif memerlukan penggunaan pengalaman-pengalaman sedia ada untuk menimbang kemungkinan-kemungkinan tindakan alternatif yang boleh jaya untuk mencapai objektif penyelesaian masalah serta menetapkan keputusan bagi tindakan seterusnya.
    Wilson J & Wing Jan L (1993) berpendapat  bahawa pemikiran reflektif adalah berhubung rapat dengan aspek-aspek pemikiran yang lain.
(D) Pemikiran Kritis dan Kreatif


  • Renungan kembali Refleksi Pemikiran Meta kognitif
    Perkaitan dengan pengalaman-pengalaman sedia ada.
Disediakan: Gan Soek Ngor





TEORI KEMAHIRAN BERFIKIR

TEORI KEMAHIRAN BERFIKIR

Teori Kemahiran Berfikir : Robert Sperry

- Teori Robert Sperry menghuraikan otak manusia yang menggunakan bahagian kirinya berfikir secara kritis dan bahagian kanannya pula berfikir secara kreatif. Kedua-dua bahagian otak ini mempunyai fungsi berfikir yang tertentu. Otak kiri mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa logik, analitis urutan atau susunan bahasa fakta, matematik dan ingatan. Manakala bahagian kanan mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa kreatif, sintesis, warna, reka bentuk di samping perasaan, irama, muzik dan imaginasi.
Berdasarkan huraian di atas, untuk melahirkan pelajar yang sanggup berfikir secara kritis dan kreatif, kedua-dua bahagian otak kanan dan kiri hendaklah dikembangkan.

Teori Pelbagai Kecerdasan : Howard Gardner

- Howard berpendapat setiap orang dikurniakan potensi yang berbeza dalam fitrahnya. Menurutnya manusia mempunyai tujuh kecerdasan iaitu;
  1. Kecerdasan linguistik
  2. Kecerdasan logical-matematik
  3. Kecerdasan visual-Spatial
  4. Kecerdasan muzik
  5. Kecerdasan tubuh kinestetik
  6. Kecerdasan interpersonal
  7. Kecerdasan intrapersonal

Dengan kecerdasan ini beliau percaya ia boleh dikembangkan dan dapat diajar di sekolah-sekolah.

Teori Epistemologi : Imam Al-Ghazali



- Beliau merupakan tokoh Islam. Al-Ghazali membahagikan Sains dan pengetahuan kepada ilmu kekal dan ilmu sementara. Ilmu kekal datangnya dari Tuhan semata-mata. Ilmu sementara pula berupa ilmu binaan manusia samada hasil kajian atau teori atau hasil pengalaman langsung. Ilmu ciptaan manusia tergolong dalam Ilmu Aqli (akal).
Ilmu Naqli atau ilmu wahyu merupakan jenis pengetahuan asas yang mesti diketahui untuk membantu penaakulan dan mengupas kewujudan diri.
Ilmu Aqli merupakan hasil pemikiran dan kajian yang sah. Beliau mendefinisikan penaakulan sebagai kelayakan yang membolehkan seseorang individu menanggapi ilmu pengetahuan dan berfikir tentang sesuatu yang boleh difikirkan.

Teori Konstruktivisme



- Teori ini menganggap bahawa pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda, tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Teori ini dibina berdasarkan gabungan hasil kajian ahli psikologi, ahli falsafah, dan penyelidik pendidikan terhadap proses pembelajaran individu. Mengikut Teori Konstruktivisme, ilmu pengetahuan adalah dibina melalui proses saling pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan. Di bawah proses pembelajaran pelajar membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan dirinya secara aktif dengan menggunakan cara membanding maklumat yang baru dengan pengalaman sedia ada. Ia juga melibatkan proses metakognitif disamping proses kognitif, di mana ia melibatkan operasi mengarah dan mengawal proses kognitif tersebut.

Disediakan: Lee Fang Yi

PRINSIP KEMAHIRAN BERFIKIR

PRINSIP KEMAHIRAN BERFIKIR

  • Sentiasa bersikap kostektif iaitu mempunyai sikap positif bagi semua jenis kemahiran berfikir dan elakkan dari bersikap negatif.
  • Berfikir secara perlahan-lahan dan sentiasa berfikir secara mudah.
  • Melupakan rasa ego, kita perlu mengikis perasaan ego kita jika inginkan setiap kemahiran berfikir yang digunakan itu dapat manafaatnya.
  • Sentiasa menukar arah otak kita berfikir iaitu, bila kita perlukan berfikir secara logik, kreatif dan lateral. Kita juga perlu menggunakan pelbagai kemahiran berfikir untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
  • Tentukan tujuan kita berfikir dan sering bertanyakan diri sendiri tujuan dan apakah hasil yang diharapkan.
  • Perlu mengambil kira emosi dan perasaan orang lain serta diri sendiri sewaktu berfikir.
  • Kita perlu memikirkan alternatif lain sebelum kita membuat keputusan yang lebih baik. Setiap idea perlulah dilihat secara global supaya perincian kita tidak lari atau melencong dari skop atau landasan yang sebenar. Setiap pemikiran haruslah di akhiri dengan tindakan yang seharusnya mendatangkan kesan yang baik pada orang lain.
  • Disediakan: Gan Soek Ngor

PROSES BERFIKIR


PROSES BERFIKIR

· Berfikir melibatkan pengendalian operasi mental tertentu dalam minda seseorang. Operasi terbahagi kepada 2 jenis iaitu :
Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=QZbqn6irZgo
  1. Operasi Kognitif
    - adalah kemahiran berfikir yang sering kita gunakan setiap hari, seperti mengelas, membanding, membuat urutan dan lain-lain.
  2. Operasi Meta Kognitif
    - merupakan operasi yang mengarah dan mengawal kemahiran dalam proses kognitif iaitu memandu dan membimbing segala aktiviti pemikiran manusia di antara komponen-komponen berfikir.
Disediakan: Lee Fang YI

KEMAHIRAN BERFIKIR

KEMAHIRAN BERFIKIR

Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya.

KONSEP BERFIKIR
  • Edward de Bono ( 1976 )
    - Kemahiran berfikir ini membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu.
  • Dewey ( 1910 ) menegaskan :
    - Pemikiran yang dihasilkan adalah kerana terdapat situasi keraguan atau masalah tertimbul. Pemikiran merupakan aktiviti psikologikal dalam sesuatu proses yang dialami untuk digunakan menyelesaikan masalah dalam situasi yang dihadapi.
  • Menurut pandangan Islam, berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi. Tenaga ini diperolehi melalui tafakur.


Berdasarkan pandangan dan definisi yang dihuraikan Konsep Pemikiran bolehlah dirumus sebagai :
“ Pemikiran ialah satu proses yang menggunakan minda untuk mencari makna dan penyelesaian terhadap sesuatu keraguan atau masalah yang tertimbul dengan menggunakan pelbagai cara iaitu membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang logikal dan munasabah terhadap proses yang dialami.


Disediakan: Gan Soek Ngor

Selasa, 26 September 2017

CORT

CORT
MAKSUD CORT


- CORT ialah Cognitive Researh Trust
- Mempunya enam bahagian

CORT I - Keluasan persepsi
CORT II - Organisasi proses berfikir
CORT III - Interaksi, argumen, pemikiran kritis
CORT IV - Pemikiran kreatif
CORT V - Maklumat dan perasaan
CORT VI - Tindakan

- CORT I dan IV digunakan untuk melatih pemikiran secara kritis dan kreatif


CORT I

- Melatih individu berfikir secara meluas
- Tujuh jenis alat CORT I


PMI - Plus, Minus, Interesting ( Kebaikan, Keburukan, Menarik )
CAF - Consider All Faktors ( Mengambil kira semua faktor )
C&S - Consequence equal ( Kesan mengikut jangka masa )
AGO - Aims, Goals, Objevtive ( Tujuan, Matlamat, Objektif )
FIP - First Important Priorities ( Keutamaan mengikut kepentingan )
APC - Alternatives, Pocibilities, Choices ( Alternatif, Kemungkinan, Pilihan )
OPV - Other People's View ( Perserpsi dan pandangan orang lain )

CORT IV
- Membantu meningkatkan kreativiti seseorang individu
- Alat yang digunakan ialah YA, TIDAK, dan PO
YA atau TIDAK - Digunakan untuk menyatakan sesuatu fakta sama ada ya atau tidak dan tidak                                boleh diubah atau dipindah
PO - Operasi di luar sistem penilaian iaitu mengkaji sesuatu dan menilai sama ada sesuatu itu            betul atau salah.

Sumber:
https://www.youtube.com/watch?v=NXolE-xMnE8

Disediakan: Lee Fang Yi

TEKNIK MENYOAL ARAS TINGGI

TEKNIK MENYOAL ARAS TINGGI

-Soalan berdasarkan  5W1H  iaitu What, When, Who, Where, Why, dan How
- Menjelaskan, membandingkan, dan menerangkan menggunakan perkataan sendiri

1. Penyoalan Sokratik

    - Kaedah yang sering digunakan ialah berdialog
    - Memerlukan penelitian pembacaan, pemikiran dan memberi hujah
    - Proses interaksi antara pelajar dan guru yang membolehkan pelajar lebih melibatkan diri                     berbanding guru
    - Melatih pelajar memberi jawapan dan memberi contoh-contoh yang relevan

 Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=EkQ_cFOWoWw

2. Soalan bertumpu dan mencapah                                   

      Soalan bertumpu
    - Soalan aras rendah
    - Jawapan atau respon terhad
    - Berbentuk tertutup
    - Sesuai bagi menguji daya ingatan
    - Bersifat objektif

      Soalan mencapah
    - Soalan aras tinggi
    - Jawapan atau respon luas
    - Berbentuk terbuka
    - Sesuai menguji penaalukan dan penafsiran
    - Bersifat subjektif

Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=qLbhd8pqxAY

3. Lingkaran soalan

   - Bentuk soalan yang memberi tumpuan kepada beberapa skop tertentu
   - Menggunakan kaedah PILI

P - Perkara (merujuk kepada isu, tema, idea, tajuk, peristiwa atau teks
I - Individu ( merujuk kepada individu yang terlibat )
LI - Luar individu ( merujuk kepada masyarakat, luar negara dan dalam negara, negeri, daerah,        dan kawasan ) 


Sumber; https://www.youtube.com/watch?v=sZ_rhAUzL0U

Disediakan: Gan Soek Ngor

JENIS-JENIS PEMIKIRAN

JENIS-JENIS PEMIKIRAN (A) Pemikiran Konvergen Mengikut Guilfort 1976, pemikiran konvergen ialah salah satu jenis daya berfikir....